Betapa Hebatnya Perenang Musim Sejuk di Hulun Buir

2024-02-27 15:38:43  CRI
Share with:

Bandar Hulun Buir di wilayah autonomi Mongolia Dalam merupakan tuan rumah kepada Sukan Musim Sejuk Kebangsaan China ke-14 yang berakhir hari ini. 

Suhu udara di bandar itu bagi bulan Februari tahun ini mencapai minus 27 hingga minus 16 darjah Celsius. Walaupun iklim tempatan yang begitu sejuk, tetap ada ramai perenang musim sejuk memilih keluar mengamalkan eksesais dalam sungai hampir setiap hari.

Yuan Feng, 64, ketua Persatuan Renang Musim Sejuk Hailar di bandar Hulun Buir, memperkenalkan bahawa persatuan kendaliannya ditubuhkan pada tahun 1996, dan mempunyai anggota berusia 79 tahun sebagai yang paling tua, serta yang berumur 27 tahun sebagai yang paling muda.

Beliau menyifatkan renang musim sejuk umpama senamrobik bagi saluran darah, dan berfungsi menjadikan pengamalnya kelihatan awet muda berbanding non-pengamal yang sebaya.