Pembangunan China Dipacu Inovasi Mustahil Dihalang

2024-02-28 12:26:48  CRI
Share with:

Amalan membina 'pekarangan kecil dan pagar tinggi' tidak akan menghalang pembangunan China dipacu inovasi, ataupun membawa sebarang kebaikan kepada seluruh industri semikonduktor.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Mao Ning susulan tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengehadkan eksport cip.

Terdahulu, Nvidia menerusi laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS meletakkan Huawei sebagai pesaing utama dalam kecerdasan buatan (AI), cip dan bidang lain buat pertama kalinya.

Syarikat itu berkata daya saingnya mungkin akan terjejas jika terdapat perubahan selanjutnya dalam kawalan eksport kerajaan AS.

Untuk itu, Mao membalas dengan mengatakan kerjasama terbuka merupakan penggerak teras bagi pertumbuhan industri semikonduktor.

China merupakan antara pasaran semikonduktor utama di dunia. Amalan memecahbelahkan pasaran menggugat kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global serta menghalang kecekapan dan inovasi, kata Mao sambil menambah ia tidak dapat memenuhi kepentingan sesiapa pun.

"AS perlu mengikut prinsip ekonomi pasaran dan persaingan adil, dan menyokong syarikat di seluruh dunia memajukan sains dan teknologi melalui persaingan yang sihat,” ujar beliau.