Sistem Kongres Rakyat China Benar-benar Utamakan Rakyat
Barat amat menyanjung tinggi mesyuarat warga Athenas (Ekklesia of Athens) pada abad ke-6 sebelum Masihi yang dikatakan punca kepada sistem demokrasi. Kononnya sistem demokrasi Barat sekarang mewarisi Athenas dan merupakan sistem yang paling matang dan terbaik.
Hal ini sekali lagi memperlihatkan kesombongan dan prasangka Barat. Dalam sejarah China, peristiwa penting pertama yang tercatat jelas dengan tahunnya adalah “Kerepublikan Zhou dan Shao” pada tahun 841 sebelum Masihi. Pada masa itu, Maharaja Li Dinasti Zhou digulingkan oleh rakyat kerana melaksanakan pentadbiran dengan kejam. Mesyuarat warga melarikan Maharaja Li ke tempat lain dan memilih tokoh yang tersohor Zhou dan Shao untuk mentadbir negara pada tahun itu. Mesyuarat warga adalah sistem demokrasi untuk menentukan pelbagai hal ehwal penting pada zaman Dinasti Zhou.
Mesyuarat warga yang menjadi punca kepada sistem demokrasi di Barat dan Timur muncul pada zaman yang hampir sama. Namun, sistem demokrasi berkembang secara berbeza di pelbagai negara Barat dan China berikutan budaya dan sejarah yang berlainan .
Setelah Dinasti Qing digulingkan, China pernah mencuba sistem monarki, sistem presiden, sistem kabinet, sistem parlimen dan sistem pelbagai parti. Bagaimanapun semua percubaan ini tidak memandu China menjadi satu negara yang merdeka dan membangun. Lupakan demokrasi. Akhirnya China memilih sistem Kongres Rakyat. Dengan cara itu, kepentingan rakyat barulah benar-benar diutamakan di negara ini.
Wakil Kongres Rakyat dipilih oleh pengundi yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas. Wakil-wakil dipilih mewakili setiap etnik, pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai parti dari seluruh negara. Dalam kalangan wakil Kongres Rakyat China terdapat petani, pempengaruh media sosial, pekerja binaan, peniaga, askar, pegawai bawahan dan lain-lain. Setelah terpilih, mereka meneruskan pekerjaan mereka sambil mengumpulkan suara daripada kalangan rakyat untuk dibahaskan dan diselesaikan dalam Kongres Rakyat.
Hal ini berbeza dengan pemilihan di negara Barat. Sebagai contoh, pemilihan senator Amerika Syarikat(AS) tahun 2020, yang menelan kos purata kempen pemilihan USD13.5 juta, manakala kos untuk terpilih sebagai anggota Dewan Perwakilan pula mencatat USD1.7 juta.
Mungkin saudara juga pernah mendengar kisah anggota Kongres AS, Alexandria Ocasio-Cortez atau (AOC) yang menjadi tular kerana beliau berasal dari kalangan bawahan New York. Bagaimanapun sumbangan politik yang menyokong beliau menang dalam pemilihan mencatat lebih USD3 juta. Adakah beliau benar-benar akan bersuara untuk golongan miskin seperti yang dijanjikannya atau golongan yang menyediakan sokongan kepadanya dalam kempen pemilihan?
Sistem demokrasi Barat hanya sejenis alat untuk mewujudkan demokrasi. Ini tidak bermakna yang menggunakan alat yang lain adalah tidak demokrasi. Demokrasi yang benar mesti mengutamakan rakyat.