Pusat Berita Sidang Tahunan NPC, CPPCC Mula Operasi

2024-02-28 11:32:24  CRI
Share with:

Pusat berita bagi persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) mula beroperasi secara rasmi di Media Center Hotel di Beijing pada Selasa.

Sidang kedua NPC ke-14 dan sidang kedua Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-14 dijadual dirasmikan masing-masing pada 5 Mac dan 4 Mac.

Setakat ini, lebih 3,000 wartawan tempatan dan asing berdaftar untuk membuat liputan dua sidang berkenaan, termasuk lebih 1,000 pemberita dari Hong Kong, Makau dan Taiwan serta luar negara.