Jepun Mula Fasa Keempat Lepas Air Sisa Radioaktif

2024-02-28 11:54:04  CRI
Share with:

Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) hari ini memulakan fasa keempat pelepasan air sisa radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke laut dengan membabitkan air terawat kira-kira 7,800 tan.

Pada 13 April 2021, kerajaan Jepun memutuskan untuk membuang air tercemar nuklear ke Lautan Pasifik selepas sisa air berkenaan ditapis dan dicairkan.

Keputusan itu turut mengundang kritikan dan bantahan keras daripada masyarakat antarabangsa.