Bagaimana China Selesaikan Projek Mega Penyaluran Air Selatan ke Utara?

2024-02-28 11:41:24  cri
Share with:

Terdapat sebatang "sungai buatan" yang sepanjang 1,432 kilometer di tanah China yang berperanan menyalurkan air yang jernih ke kawasan utara negara ini. Inilah projek penyaluran air dari Selatan ke Utara (laluan tengah) yang bermula dari Takungan Danjiangkou di sungai Hanjiang, salah satu cawangan sungai Yangtze hingga Beijing, ibu kota China.

"Sungai buatan" tersebut akan membekalkan air kepada 24 buah bandar dan lebih 200 buah kaunti dan daerah, sehingga memberi manfaat secara langsung terhadap 85 juta penduduk sepanjang laluan tersebut.

Projek yang dikemukakan pada tahun 1950-an itu akhirnya memberi manfaat hakiki kepada rakyat melalui rancangan selama setengah abad, pembinaan selama 12 tahun dan operasi selama lebih 8 tahun.

Bagaimanakah China menyelesaikan projek gergasi itu? Sila menonton video berkenaan melalui link yang berikut.


https://news.cgtn.com/news/2023-06-01/How-did-China-accomplish-a-mega-water-diversion-project--1kh2McBGRvG/index.html