Kerancakan Pelancongan Papar Ekonomi China yang Dinamik

2024-02-28 16:08:41  CRI
Share with:

[!--begin:htmlVideoCode--]eefedc0e9c2f4844af6b731178023b94,0,1,,news[!--end:htmlVideoCode--]

Dipacu dengan pelbagai dasar dan inisiatif, sektor pelancongan masuk dan keluar, terutama ke negara-negara Asia Tenggara menyaksikan peningkatan mendadak sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina (TBC). 

Pasaran pelancongan domestik telah pulih dengan ketara, dan jumlah penumpang yang diangkut semasa TBC telah mencipta rekod tertinggi. 

Prestasi sektor pelancongan dan perbelanjaan semasa TBC dianggap sebagai permulaan yang baik bagi memanfaatkan momentum pertumbuhan ekonomi buat tahun ini.

Pemulihan kukuh dalam sektor berkenaan turut memaparkan ketahanan dan kedinamikan ekonomi negara Tembok Besar, sambil mencipta peluang baharu serta menyuntik keyakinan dan momentum terhadap pelancongan dan pembangunan ekonomi sejagat.