Peranan China Penting dalam Sistem Dagangan Pelbagai Hala: Pegawai Kemboja

2024-02-29 17:05:13  CRI
Share with:

China memberi sumbangan signifikan dalam memelihara sistem dagangan pelbagai hala, kata setiausaha negara Kementerian Perdagangan Kemboja Sok Sopheak.

Beliau memuji peranan penting yang dimainkan China dalam liberalisasi perdagangan pelbagai hala dan serantau.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami mengadakan rundingan mengenai perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang merupakan dukungan kuat kepada peranan sistem dagangan pelbagai hala di rantau ini.

"China memberikan banyak sokongan dalam proses itu, dan banyak negara juga menghulurkan sokongan dari segi pelaksanaan konsesi tarif, dasar berkenaan dan prosedur penyelesaian pertikaian," ujar Sok ketika bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) sempena Persidangan Peringkat Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) ke-13 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada Rabu.