Pusat Pengeluaran Simpul Cina

2024-02-29 15:56:02  CRI
Share with:

Mukim Shuangxi di kaunti Panan, provinsi Zhejiang merupakan pusat pengeluaran simpul Cina yang paling besar di China. Jumlah simpul Cina yang dihasilkan oleh penduduk di mukim itu mencatat kira-kira 20,000 setiap hari.

Di Panan yang terletak di kawasan pergunungan, terdapat ramai wanita tiada pekerjaan kerana perlu menjaga urusan rumah. Pada Julai 2022, badan-badan berkenaan tempatan menyediakan latihan teknik simpul Cina kepada mereka untuk membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pada masa ini, lebih 20,000 suri rumah terlibat dalam bengkel pembuatan simpul Cina dan menambah pendapatan.