KDNK China Naik 5.2 Peratus

2024-02-29 14:48:29  CRI
Share with:

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dicatat melebihi 126 trilion yuan (RM83.4 trilion) pada 2023, menokok 5.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut laporan Biro Statistik Negara (NBS), KDNK untuk suku pertama, kedua, ketiga dan keempat masing-masing berkembang 4.5 peratus, 6.3 peratus, 4.9 peratus dan 5.2 peratus.

Bagi tahun sama, KDNK per kapita direkod sebanyak 89,358 yuan (RM59,156), naik 5.4 peratus.