Wang Yi Bertemu Pengerusi Bersama Rundingan Reformasi UNSC

2024-02-29 11:35:41  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi bertemu pengerusi bersama Rundingan Antara Kerajaan (IGN) mengenai Pembaharuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) Sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB, Tareq M. A. M. Albanai dan Alexander Marschik di Beijing pada Rabu.

Wang berkata China sudi bersama masyarakat antarabangsa untuk menegakkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi, menggerakkan pembaharuan dan pembinaan sistem tadbir urus global, menyokong penambahbaikan dan perubahan pada PBB, serta bersinergi ke arah komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Beliau menambah, China menyokong kemajuan mantap pembaharuan UNSC mengikut haluan yang betul, serta usaha PBB untuk meningkatkan perwakilan dan hak bersuara negara membangun, memberi peluang kepada lebih banyak negara kecil dan sederhana untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan, dan membolehkan semua negara anggota mendapat manfaat daripada reformasi.

Albanai dan Marschik, masing-masing merupakan wakil tetap Kuwait dan Austria ke PBB, menzahirkan penghargaan atas sumbangan China dalam memperkukuh peranan PBB, menegakkan multilateralisme dan menjaga prinsip Piagam PBB.

Mereka turut menyatakan kesediaan untuk mengekalkan komunikasi dan koordinasi dengan negara anggota termasuk China berhubung isu pembaharuan UNSC.