China Selaraskan Prosedur Demokratik dengan Hasil Demokrasi

2024-02-29 15:45:46  CRI
Share with:

Dalam bahasa Mandarin, kata demokrasi adalah“民主”, yang maksudnya “rakyat menjadi tuan rumah atau rakyat diutamakan”.

 

Di China, kami lebih mengutamakan hasil demokrasi, selain sistem demokrasi. Ini kerana sistem demokrasi boleh menjejaskan kepentingan rakyat jika disalah guna.

Di Amerika Syarikat(AS), negara yang dikatakan paling demokratik, seorang askar bernama Aaron Bushnell terpaksa menggunakan cara tragik, iaitu membakar diri hingga mati untuk membantah sokongan AS terhadap pemusnahan beramai-ramai Israel di Gaza. Yang sedihnya, tragedi ini tidak menggugah kerajaan AS membuat perubahan dasar.

 

Di Korea Selatan yang dijadikan negara “teladan demokrasi Asia” oleh AS pula, berlaku peletakan jawatan kira-kria 10,000 orang doktor yang mengejutkan dunia. Kerajaan negara itu merancang menambah 10,000 orang mahasiswa bidang kedoktoran dalam tempoh lima tahun akan datang untuk mengatasi kekurangan petugas dalam perkhidmatan kesihatan. Bagaimanapun golongan doktor menolak pelan kerajaan tersebut dengan mengadakan tunjuk perasaan serta meletakkan jawatan.

 

Tindakan tunjuk perasaan, mogok dan meletakkan jawatan ini nampaknya alat demokratik yang klasik, tetapi akhirnya yang terjejas adalah kepentingan bahkan nyawa rakyat. Contohnya, pada malam 20 Februari, Jehong, seorang pempengaruh media sosial Korea Selatan dihantar ke hospital ekoran terlibat dalam kemalangan jalan raya. Malangnya, tiada doktor yang bertugas akibat mogok. Beliau kemudian menghubungi lebih 20 buah hospital, yang semuanya memaklumkan bahawa tiada doktor yang bertugas. Hanya selepas lapan jam barulah beliau mendapat rawatan.

 

Jehong masih amat bertuah berbanding golongan warga emas yang meninggal dunia apabila ditolak oleh tujuh hingga lapan hospital.

 

Di China, kami mengadakan perbincangan untuk mencapai persepakatan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan seumpama ini. Platform termasuk Kongres Rakyat Kebangsaan, Majlis Mesyuarat Politik Rakyat terwujud bagi perbincangan antara parti-parti, golongan rakyat, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain. Kebanyakan masalah diselesaikan melalui perbincangan dan draf resolusi yang boleh diterima oleh semua pihak. Inilah mengapa pengundian dalam Kongres Rakyat Kebangsaan China biasanya mendapat sokongan majoriti.

 

Kaedah demokrasi ini mengelakkan keadaan apabila draf yang mendapati sokongan 51% terus menerima kelulusan, meskipun terdapat bantahan daripada 49% orang, membantu memaksimumkan persepakatan dan mengurangkan perselisihan, mengumpulkan tenaga semua pihak untuk menjayakan pentadbiran masyarakat dan negara.

 

China mempunyai 1.4 bilion orang penduduk. Kalau setiap orang mengajukan satu masalah, ia akan menjadi cabaran yang luar biasa kepada kerajaan. Bagaimanapun, dengan sistem demokrasi bercirikan China, kerajaan berupaya memberi respons kepada aduan rakyat, mengekalkan kestabilan masyarakat dan menggalakkan pembangunan negara.

 

Apa yang China cuba lakukan adalah berusaha menyelaraskan prosedur demokratik dengan hasil demokrasi.