Berkongsi Pengalaman Huzhou “Gantikan Plastik dengan Buluh” Sempena Perhimpunan PBB
Delegasi bandar Huzhou dari provinsi Zhejiang China atas undangan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) telah menghadiri Perhimpunan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-6 (UNEA-6) yang sedang berlangsung di Nairobi, Kenya pada Rabu waktu Beijing. Dalam aktiviti sampingan UNEA-6 mengenai China, anggota delegasi Huzhou sebagai satu-satunya wakil dari China telah memberi ucaptama yang memfokuskan kepada perubahan iklim dan perlindungan biodiversiti.
Selain itu, anggota delegasi Huzhou yang tersenarai sebagai zon demonstrasi kerjasama antarabangsa untuk tamadun ekologi dan bandar biodiversiti yang menarik, juga giat menyertai perbincangan dengan para hadirin dari negara lain tentang kaedah selanjutnya membina konsensus politik, menjana inisiatif impak sosial, dan meluahkan harapan agar melalui kerjasama dan pertukaran, bersama-sama mengambil tindakan pemuliharaan biodiversiti global yang berkesan, inklusif dan mampan.
Ketika mengadakan perbincangan dengan Timbalan Pengarah UNEP, Elizabeth Murema, perwakilan dari delegasi Huzhou telah memperkenalkan pengalaman dan tindakannya dalam praktik "menggantikan produk plastik dengan produk buluh" yang merupakan yang pertama di peringkat kebangsaan China.
Sementara itu, Murema memuji praktik yang dilakukan Huzhou yang mencerminkan konsep "air jernih dan gunung hijau sama dengan gunung emas dan gunung perak" dan memberi penghargaan tentang pembinaan zon demonstrasi kerjasama antarabangsa untuk tamadun ekologi di Huzhou. Tambah beliau, "menggantikan plastik dengan buluh" boleh membantu meningkatkan kecekapan dalam mengelakkan pencemaran ekoran penggunaan produk plastik di bandar, dan pengalaman yang berkaitan patut dipromosikan."