Angka Kematian di Gaza Lepasi 30,000

2024-03-01 11:51:36  CRI
Share with:

Angka kematian akibat operasi ketenteraan Israel di Gaza dicatat melepasi 30,000 dengan lebih 70,000 lagi cedera, menurut jabatan kesihatan Gaza pada Khamis.

Jabatan itu menerusi satu kenyataan berkata, terdapat ramai orang yang masih tertimbus di bawah runtuhan dan pasukan penyelamat tidak dapat sampai ke lokasi kejadian.