Badan Penasihat Politik Tertinggi China Akhiri Sesi Jawatankuasa Tetap

2024-03-03 13:36:41  CRI
Share with:

Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) menutup sesi kelima jawatankuasa tetapnya di Beijing pada Sabtu.

Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Wang Huning mempengerusikan mesyuarat penutup berkenaan dan menyampaikan ucapan.

Mesyuarat itu menyemak dan meluluskan dokumen termasuk draf agenda dan jadual sidang tahunan, laporan kerja Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, dan laporan mengenai kerja mengendalikan usul-usul daripada penasihat politik sejak sidang pertama Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC.