Sesi kedua Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC Dirasmi Petang Esok

2024-03-03 16:02:51  CRI
Share with:

Sesi kedua Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dijadual dirasmikan pada pukul 3.00 petang esok di Dewan Besar Rakyat di Beijing.

Perkara itu diumumkan jurucakap sesi kedua Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC, Liu Jieyi ketika memberi taklimat kepada media tadi.

Difahamkan, sesi berkenaan akan berlangsung selama enam hari dan ditutup pada sebelah pagi 10 Mac.