Xi Uapkan Tahniah kepada Perdana Menteri Baharu Pakistan Shahbaz Sharif

2024-03-04 11:31:23  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Shahbaz Sharif yang dipilih sebagai Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, pada hari Ahad.

Xi dalam perutusan tahniahnya berkata, di bawah pimpinan Perdana Menteri Shahbaz dan kerajaan baharu Pakistan, dengan usaha bersatu semua lapisan masyarakat, Pakistan pasti akan melakarkan prestasi baharu dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Xi menekankan bahawa China dan Pakistan harus memperkukuh persahabatan tradisional, meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai sektor, bersama-sama membina versi baharu Koridor Ekonomi China-Pakistan, mengintensifkan perkongsian strategik segenap cuaca China-Pakistan, dan mewujudkan komuniti berkongsi nasib China-Pakistan yang lebih erat pada era baharu, supaya memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.