Saat Xi Bincangkan Hal Ehwal Negara dengan Anggota CPPCC

2024-03-04 16:16:28  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Parti Komunis China, Xi Jinping pernah menghadiri mesyuarat bersama anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) sebanyak 11 kali semasa tempoh berlangsungnya sesi tahunan majlis terbabit sejak tahun 2013, dan bersama dengan anggota CPPCC mengikuti perbincangan terhadap hal ehwal negara.

Seawal 4 Mac, 2013, Xi yang baru terpilih sebagai pemimpin negara tertinggi buat julung kalinya menghadiri mesyuarat bersama anggota CPPCC, dan memilih mendengar anggota CPPCC menyuarakan saranan tentang perkembangan dan pembangunan sains dan teknologi di negara ini.

Selepas itu, Xi menyifatkan strategi pembangunan inovatif sebagai langkah asas yang boleh membantu mempercepat transformasi ekonomi, mengatasi permasalahan yang mengakar sepanjang pembangunan ekonomi, di samping mencetuskan momentum dan memberi nafas baharu kepada pembangunan ekonomi.

Semasa tempoh berlangsungnya persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan CPPCC pada 2016 dan 2023, Xi pernah menghadiri mesyuarat bersama sektor swasta sebanyak dua kli, dan memberi kata semangat kepada para hadirin untuk memacu ekonomi swasta  berkembang ke arah yang sihat dan berkualiti tinggi.

"Usahawan swasta diharap memikul tanggungjawab untuk memperjuangkan kemakmuran bersama," kata Xi ketika berinteraksi dengan anggota CPPCC pada tahun 2023.