Pencarian Pesawat MH370 Akan Disambung Semula

2024-03-04 15:01:31  CRI
Share with:

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook berkata pada 3 Mac bahawa pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370, yang terhempas 10 tahun lalu, akan disambung semula secepat mungkin, menurut Malay Mail. 

Aktiviti peringatan ulang tahun ke-10 peristiwa MH370 telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada petang semalam. 

Untuk rekod, pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang dinaiki 239 orang tiba-tiba tidak dapat dihubungi dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China pada 8 Mac 2014, dan seterusnya pada 29 Januari 2015, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengumumkan bahawa MH370 terhempas dan menyimpulkan bahawa semua orang yang berada dalam pesawat terbabit terkorban.