Petani Xinjiang Keluarkan Batang Pokok Anggur Dari Tanah

2024-03-04 13:05:09  CRI
Share with:

Sebelum musim sejuk setiap tahun, petani tempatan di Turpan, Xinjiang akan menanam batang pokok anggur ke dalam tanah untuk mengelakkan cuaca dingin. Apabila datangnya musim bunga, petani akan mengeluarkan batang pokok anggur itu dan meletakkannya di para-para. Kegiatan pengeluaran pertanian pada musim bunga tersebut dipanggil sebagai "kaidun". 

Baru-baru ini, seiring dengan suhu udara yang semakin meningkat, aktiviti "kaidun" telah mula dijalankan di Turpan. Antaranya, para-para pokok anggur di kawasan seluas 3,068 hektar telah diubahsuaikan, dan kerja tersebut di 80 peratus kawasan penanaman anggur dijalankan menggunakan jentera.