HSR Jakarta-Bandung Hantar Lebih 2 Juta Penumpang

2024-03-04 14:25:17  CRI
Share with:

Laluan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung telah beroperasi dengan selamat selama 139 hari, dan merekodkan jumlah penumpang yang mencatat seramai 2,008,387 orang setakat Ahad lalu.

Perkhidmatan HSR Jakarta-Bandung yang dimulakan operasinya secara rasmi pada 17 Oktober tahun 2023 telah menyaksikan perjalanan harian meningkat dari 14 unit pada tempoh awal kepada 40 unit pada tempoh masa sekarang ini, serta tercatatnya rekod tertinggi tentang jumlah penumpang yang dihantar sehari, iaitu 21,537 orang, dan kadar jualan tiket penumpang setinggi 99.6 %.

Perkhidmatan HSR Jakarta-Bandung yang beroperasi pada kelajuan maksimum 350 kilometer sejam itu boleh membantu mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar terbabit daripada lebih tiga jam kepada 46 minit sahaja.