Dasar Pengecualian Visa akan Rapatkan Hubungan China, Thailand
China adalah negara sumber pelancong terbesar bagi Thailand dalam tempoh sepuluh tahun lalu. Oleh itu, pelaksanaan dasar pengecualian visa oleh Thailand kepada pengembara China diyakini akan banyak merangsang ekonomi tempatan, kata Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) di Bangkok mutakhir ini.
Untuk rekod, China dan Thailand mula melaksanakan dasar pengecualian visa kepada warga masing-masing bermula 1 Mac lalu.
Srettha Thavisin berkata, hubungan antara Thailand dengan China amat erat, kebanyakan orang Thailand adalah keturunan Cina. Beliau mengalu-alukan pelancong China melawat ke negaranya.
Srettha Thavisin mula menjalankan tugas Perdana Menteri negara itu pada 5 Sept 2023. Seminggu selepas itu iaitu pada 13 Sept, beliau mengumumkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara China selama lima bulan.
Pada 28 Jan 2024, kerajaan China dan Thailand menandatangani perjanjian di Bangkok untuk melaksanakan dasar pengecualian visa, berkuatkuasa bermula 1 Mac dan disambung dengan dasar sementara sebelumnya.
Menurut statistik terkini Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, jumlah pelancong China yang melawat negara itu melebihi sejuta pada 1 Jan hingga 25 Feb, menduduki tangga teratas dalam jumlah pelancong asing ke Thailand.