Agenda Sesi ke-2 NPC ke-14 Diumumkan

2024-03-04 13:26:46  CRI
Share with:

Agenda terperinci untuk sesi kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14 telah diluluskan dan diumumkan dalam mesyuarat persiapan berkenaan pagi tadi. 

Agenda sesi kedua tersebut meliputi perbahasan & perbincangan terhadap laporan mengenai kerja-kerja kerajaan; perbahasan terhadap laporan mengenai pelaksanaan pelan pembangunan ekonomi dan sosial kebangsaan 2023 dan draf pelan pembangunan ekonomi dan sosial kebangsaan 2024, serta pemeriksaan terhadap draf pelan pembangunan ekonomi dan sosial kebangsaan 2024; perbahasan terhadap laporan mengenai pelaksanaan belanjawan kerajaan pusat dan daerah bagi tahun 2023 dan draf belanjawan kerajaan pusat dan daerah bagi tahun 2024, serta pemeriksaan terhadap draf belanjawan kerajaan pusat dan daerah bagi tahun 2024; perbahasan dan perbincangan terhadap draf pindaan Undang-undang Organisasi Dewan Negara Republik Rakyat China yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Tetap NPC dan lain-lain.