Setiausaha Perdagangan AS, Naif atau Buat Bodoh?
Baru-baru ini, Setiausaha Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo mengeluarkan ucapan yang menyifatkan "kenderaan zaman sekarang umpama iPhone yang dilengkapi roda". Katanya, "dibayangkan jika berjuta-juta kenderaan buatan China beroperasi di jalan AS, sambil mengumpulkan data daripada berjuta-juta penduduk AS pada setiap minit, kemudian menghantarkannya balik ke Beijing……"
Wahai! naif atau buat bodoh, Gina Raimondo yang melontarkan ucapan sebegini. Ujarannya sebenarnya bukan sahaja bermotifkan politik tetapi juga untuk tujuan ekonomi, menghasut masyarakat AS mengambil sikap permusuhan terhadap kenderaan elektrik bateri (BEV) buatan China.
Secara objektif, disebabkan tarif tinggi yang dikenakan oleh AS ke atas kenderaan buatan China, jarang sekali nampak ada BEV buatan China yang berjalan di AS. Walau bagaimanapun, di mata sesetengah ahli politikus AS, ini tidak mencukupi untuk memastikan 'keselamatan' terjamin. Pada Disember tahun lalu, AS mengumumkan bahawa BEV yang dikeluarkan di AS pada 2024 tidak lagi layak mendapat pengecualian cukai jika mereka memilih menggunakan modul bateri yang dikeluarkan dan dipasang di negara lain termasuk China.
Pada penghujung Februari, kerajaan AS mengumumkan bahawa ia akan menjalankan apa yang disebut "pemeriksaan risiko keselamatan wilayah" terhadap kenderaan buatan China yang tersambung dengan internet. Menurut New York Times, kerajaan AS telah memulakan siasatan terhadap apa yang disebutnya sebagai "ancaman keselamatan" terhadap teknologi yang diterapkan dalam pembuatan BEV China. Selain itu, kerajaan AS sedang mempertimbangkan langkah selanjutnya, termasuk mungkin menaikkan tarif sebanyak 25 peratus ke atas BEV buatan China.
Selain itu, Raimondo menyebarkan maklumat palsu masih bertujuan mencipta dan memanipulasi pendapat awam demi memperkenalkan dasar AS mengenai perlindungan perdagangan.
Pada masa ini, Rumah Putih memperkenalkan dasar dan langkah-langkah untuk menindas industri BEV China, dan Raimondo membesar-besarkan "ancaman" kenderaan China juga adalah untuk memenuhi permintaan industri automobil AS dan golongan buruh dalam sektor terbabit di negaranya, dan berusaha untuk meraih lebih banyak undi dalam pilihan raya.
Perkataan “pesaingan” tidak pernah terlepas dari bibir politikus AS apabila mereka menyebut China. Namun “persaingan” yang disebut mereka bukan yang dijalankan dengan normal berdasarkan peraturan sama rata, sebaliknya yang merupakan tipu muslihat dengan membawa kerugian kepada pihak-pihak lain.
Puan Raimondo yang sudah mengeluarkan ujaran yang “naif dan buat bodoh”, digesa sebaiknya bertindak mencadangkan sesuatu yang baik untuk meningkatkan daya saing industri kenderaan negaranya.