China Giat Tingkatkan Permintaan Domestik

2024-03-05 12:44:58  cri
Share with:

Laporan kerja kerajaan yang dibahaskan oleh Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pagi tadi mendedahkan bahawa China akan terus berusaha meningkatkan permintaan domestik, menyelaraskan hubungan antara penggunaan dan pelaburan supaya dapat menjadikannya pendorong bagi pertumbuhan ekonomi.

Menurut laporan tersebut, kerajaan China akan melaksanakan dasar komprehensif bagi meningkatkan pendapatan, memperhalusi pembekalan, mengurangkan langkah sekatan dan merangsang potensi penggunaan. Selain itu, hendaklah memupuk dan memacu penggunaan jenis baharu, menjalankan dasar insentif tentang penggunaan dalam bidang digital, hijau dan kesihatan di samping meningkatkan perlindungan terhadap hak dan kepentingan golongan pengguna, dan mendorong peningkatan kualiti produk dan perkhidmatan. 

Sementara itu, China akan meningkatkan kesan limpahan yang dicetuskan pelaburan kerajaan, menititberatkan inovasi dalam bidang sains dan teknologi, pembinaan infrastruktur baharu, penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon serta ikrar meningkatkan taraf hidup rakyat.

Laporan tersebut mendedahkan juga bahawa bajet pusat kerajaan tahun ini dijangka mencapai RMB700 bilion (RM460 bilion), dan sektor swasta digalakkan untuk menambah input dalam pembinaan projek-projek mega.