Lei Feng, Wakil Kongres Rakyat China
5 Mac setiap tahun adalah “Hari Belajar daripada Lei Feng” di China. Siapakah Lei Feng? Beliau seorang askar dalam pasukan pengangkutan yang berkhidmat di Fushun, provinsi Liaoning pada tahun 1960. Semasa dalam perkhidmatan dan kehidupannya di sana, Lei Feng rajin belajar, dan berusaha melakukan tugas dengan paling baik, selain berusaha membantu penduduk tempatan. Beliau menjaga warga emas yang tinggal bersendirian, menceritakan pengalaman di luar buku teks kepada para pelajar di sekolah rendah dan lain-lain.
Namun, malangnya beliau terkorban dalam perkhidmatan pada tahun 1962 pada usia hanya 22 tahun.
Walaupun usianya singkat tetapi semangatnya kekal abadi. Lei Feng pernah menulis dalam catatan hariannya bahawa “Umur setiap orang terbatas, namun perkhidmatan untuk rakyat tiada had. Saya akan berusaha sedaya upaya menggunakan umur yang terbatas ini berkhidmat untuk rakyat.”
Semangat Lei Feng ini diteladani oleh seluruh negara meskipun beliau telah meninggal lebih 60 tahun lalu.
Melalui pencalonan ramai penduduk yang pernah menerima bantuannya, Lei Feng terpilih menjadi wakil Kongres Rakyat ke-4 bandar Fushun pada tahun 1961.
Dari seorang yatim piatu menjadi wakil Kongres Rakyat! Lei Feng terpilih kerana penduduk setempat yakin bahawa dia mampu berkhidmat dengan bersunguh-sungguh untuk lebih ramai orang melalui platform demokrasi anjuran kerajaan.
Untuk berkelayakan menjadi wakil Kongres Rakyat di China, pencalon itu perlu berprestasi terbaik dalam jawatan sendiri dan mendapat pengiktirafan daripada orang ramai di sekitarnya.
Usul yang dikemukakan wakil Kongres Rakyat untuk dibahaskan dan dibincangkan dalam persidangan tahunan Kongres Rakyat biasanya berfokus kepada sektor yang mereka faham secara mendalam atau isu yang menjadi tumpuan orang ramai di sekitarnya.
Tadbir urus negara sebenar untuk menyelesaikan masalah yang menjadi tumpuan orang ramai. Bagi China yang mempunyai lebih 1.4 bilion penduduk, penyelesaian satu demi satu masalah dan tumpuan setiap rakyat adalah cabaran dan ujian besar.
Sistem Kongres Rakyat adalah saluran untuk mengumpulkan suara dalam kalangan rakyat dan juga kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Misalnya, berhubung dengan isu penjagaan warga emas di kawasan desa yang menjadi masalah tumpuan ramai, ada wakil Kongres Rakyat telah berkongsikan pengalaman mereka.
Bilangan masyarakat menua meningkat di kawasan desa dan penjagaan warga emas menjadi masalah berikutan ramai warga emas tidak mahu meninggalkan kampung, manakala ramai kaum belia bahkan kanak-kanak mereka pula bekerja atau bersekolah di bandar. Pada masa yang sama, jumlah kanak-kanak bersekolah semakin berkurangan. Ini menyebabkan sebahagian sekolah rendah tidak digunakan lagi. Justeru, tapak sekolah rendah tersebut diubah suai menjadi pusat penjagaan warga emas bagi memenuhi keperluan mereka.
Sistem Kongres Rakyat telah membantu menyelesaikan tumpuan rakyat China secara berkesan. Berdasarkan kajian Universiti Harvard selama lebih 10 tahun, rasa puas hati rakyat China terhadap kerajaan kekal pada kadar 90% ke atas.