Jalan Luping Tampil Wajah Serba Baharu

2024-03-06 15:50:03  CRI
Share with:

Dibina pada 1970-an, Jalan Luping di daerah Jiaocheng, bandar Ningde, provinsi Fujian merupakan sebuah blok komersial yang tradisional.

Pada Oktober 2023, projek pengubahsuaian dilancarkan terhadap jalan kuno itu dengan tujuan menjadikannya tempat menawarkan pelbagai pilihan makanan lazat, kedai produk budaya kreatif serta inap desa yang menonjolkan ciri-ciri timur Fujian.

Kini, Jalan Luping tampil dengan wajah serba baharu dan menjadi tarikan yang wajib dikunjungi ketika melawat bandar Ningde.