Jangan Terlepas Peluang dalam Pembangunan Sosioekonomi China

2024-03-06 12:41:11  CRI
Share with:

Laporan kerajaan China yang diserahkan untuk dibahaskan dalam persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) cepat menjadi tumpuan dunia.

Dalam pada itu, matlamat pertumbuhan ekonomi pada kadar kira-kira lima peratus selari dengan jangkaan luar dan dianggap sudah membawa mesej positif kepada dunia.

Menurut liputan yang dibuat badan media asing, matlamat yang baru ditetapkan itu kondusif bagi mewujudkan modenisasi di China pada asasnya menjelang 2035.

Berbanding dengan negara-negara maju yang rata-ratanya merekodkan pertumbuhan ekonomi pada kadar dua hingga tiga peratus dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, China yang menetapkan matlamat pertumbuhan ekonomi pada kadar lima peratus bagi tahun 2024 memaparkan komitmen dan usaha negara ini untuk menyumbang kepada pemulihan ekonomi dunia.

Kerajaan China telah menggariskan pendekatan dalam 10 bidang utama demi mencapai matlamat tersebut antaranya termasuk mendorong pembangunan sistem perindustrian moden, memperkasa strategi sains dan pendidikan serta berusaha meningkatkan permintaan di pasaran domestik dan memperincikan pelaksanaan dasar pintu terbuka.

Sementara itu, 'kuasa produktif berkualiti baharu' sudah menular menjadi perkataan hangat. Media asing menyifatkannya sebagai satu bidang yang berpotensi besar dan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi China. Ia juga bermakna China akan memberikan lebih banyak tumpuan kepada model pembangunan inovatif.

Sektor korporat dijangka boleh mendapat ruang pembangunan yang lebih besar, dengan memanfaatkan rantaian perindustrian yang lebih berdaya tahan dan daya saingannya yang terus meningkat, yang dilihat juga boleh memberi momentum baharu kepada dunia.

Laporan kerja kerajaan China 2024 turut memberi penekanan tentang usaha meningkatkan permintaan domestik. 

Jangan terlepas peluang dalam pasaran gergasi di China yang berpopulasi lebih 1.4 bilion orang.

'Peningkatan tahap keterbukaan' yang terkandung dalam Laporan, merupakan satu lagi isyarat penting yang menarik perhatian luar.

Di sebalik gerak-geri Barat yang mereka-reka ‘pekarangan kecil dan tembok tinggi’ dan ‘mencantas hubungan’, China berjaya menyuntik kestabilan yang amat bermakna buat dunia melalui peningkatan tahap keterbukaan secara konsisten.

Tatkala konflik geopopitik meruncing dan pemulihan ekonomi sejagat tetap lemah, China sememangnya tidak mudah untuk mencapai matlamat 2024 yang baru ditetapkan itu, dan perlu bersemangat gigih dalam menggandakan usaha yang terbabit. Menyediakan peluang baharu kepada dunia melalui pembangunan baharu di negara sendiri, bukan sahaja satu janji yang dibuat China, malahan juga praktik yang pasti akan diamalkan negara Tembok Besar.