China Seru Gencatan Senjata Diwujudkan Serta-Merta di Gaza

2024-03-06 15:16:13  CRI
Share with:

China menyeru masyarakat antarabangsa dengan rasa mendesak yang paling kuat dan keazaman politik yang paling besar mendorong kewujudkan gencata senjata dan penyelesaian konflik di Genting Gaza. Seruan ini dikeluarkan Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang ketika menyertai satu sidang dalam kerangka perhimpunan PBB tentang penggunaan hak veto di New York pada Selasa waktu tempatan.

Geng menyatakan bahawa sekarang ini hampir genap lima bulan sejak tercetusnya konflik di Gaza. Melihat usaha Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang menuntut gencatan senjata di Gaza digugurkan oleh Amerika Syarikat (AS) sebanyak empat kali, China berasa amat kecewa. Keputusan dari pengundian UNSC menunjukkan dengan jelas bahawa maksimum anggota UNSC bersepakat dalam isu melaksanakan gencata senjata di Gaza, namun AS menggunakan hak veto dengan sewenang-wenangnya sehingga menghancurkan konsensus yang tercapai oleh kebanyakan anggota UNSC. 

Ini sudah mengundang ketidakpuasan secara menyeluruh dalam masyarakat antarabangsa.

Geng berkata, China menggesa Israel agar membatalkan rancangan serangan terhadap Rafa, menghentikan tindakan ketenteraan terhadap Gaza dan menghentikan pemindahan penduduk Palestin secara paksa dan pelaksanaan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin. China menyeru negara berkenaan mengetepikan pertimbangan geostrategi dan isu politik domestik, mengambil sikap yang adil dan tindakan yang tulen, memikul tanggungjawab yang wajar dan memainkan peranan konstruktif untuk mewujudkan gencatan senjata di Gaza