Xi Mahu Usaha Diperkasa bagi Bangunkan Kuasa Produktif Kualiti Baharu

2024-03-06 14:40:29  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mahu usaha diperkasakan untuk mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu berdasarkan keadaan setempat.

Beliau membuat penekanan tersebut ketika menyertai sesi perbincangan delegasi provinsi Jiangsu sempena sidang ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, pada petang Selasa. 

Beliau berkata, pihak-pihak berkaitan perlu mengutamakan pembangunan berkualiti tinggi di samping membangunkan kuasa produktif kualiti baharu. 

"Dalam menghadapi revolusi sains dan teknologi serta pembaharuan perindustrian pusingan baharu, kita mesti mengambil peluang dan mempergiat inovasi, membangunkan perindustrian baharu.

"Pada masa sama, kita perlu merancang industri berorientasikan masa depan, menambah baik sistem perindustrian moden," kata Xi. 

Beliau menegaskan bahawa mengembangan kuasa produktif kualiti baharu bukanlah bermakna mengabaikan atau membuang industri tradisional.

Xi berkata provinsi Jiangsu mempunyai syarat baik dan keupayaan untuk mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu. 

Beliau mengingatkan kerajaan tempatan agar menumpukan kepada pembinaan sistem perindustrian moden dengan sektor pembuatan maju sebagai tulang belakang, mempergiat inovasi sains dan teknologi, menyelaraskan penaiktarafan perindustrian tradisional, dan mengembangkan industri baharu.

Di samping itu, Xi juga mahu provinsi Jiangsu meningkatkan integrasi antara inovasi sains dan teknologi dengan inovasi perindustrian, mengukuhkan industri tradisional, mempercepat pembinaan kluster perindustrian strategik baharu yang mempunyai daya saing di peringkat global agar menjadikan Jiangsu sebagai kawasan penting pembangunan kuasa produktif kualiti baharu.