CMG Rasmikan "CGTN Bahasa Fulani"
“Sebagai orang Fulani, kami sangat gembira". “Ia benar-benar membuka mata saya”. “Saya sangat gembira melihat berita dari China”.
Demikian komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen kaum Fulani di hantaran pertama akaun CGTN bahasa Fulani pada 5 Mac.
Hantaran pertama bahasa Fulani CGTN itu mengenai pembukaan persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, yang menarik perhatian ramai di media sosial.
Pada hari yang sama, halaman media sosial "CGTN bahasa Fulani" yang dibuka khusus untuk 60 juta komuniti Fulani di Afrika dilancarkan secara rasmi.
Kumpulan Media China (CMG) ialah satu-satunya media dari China yang menggunakan bahasa Fulani untuk membuat penyiaran.
Selain hantaran pertama mengenai berita pembukaan persidangan tahunan NPC ke-14, CGTN bahasa Fulani turut menyiarkan beberapa gambar yang memaparkan keindahan dan kedinamikan negara Tembok Besar ini.
Untuk rekod, bahasa Fulani ialah bahasa yang digunakan oleh kaum keempat terbesar di Afrika. CGTN melancarkan laman bahasa Fulani di media sosial adalah untuk menyiarkan maklumat tentang China dan Afrika secara tepat, objektif dan menyeluruh, selain meningkatkan pemahaman kaum Fulani terhadap China dan kerjasama China-Afrika.