Perkapalan Belayar melalui "Pengangkutan Laut Laluan Sutera" Catat 14,101 Perjalanan

2024-03-06 14:29:48  CRI
Share with:

Perkapalan yang belayar menyusuri 116 laluan dalam kerangka "Pengangkutan Laut Laluan Sutera" yang dikenali sebagai platform logistik bersepadu kendalian China yang pertama dalam bidang pengangkutan laut antarabangsa, dan merupakan sebahagian pelengkap Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mencatat sebanyak 14,101 perjalanan.

Demikian dimaklumkan dari Kastam China di bandar Xiamen. 

Menurutnya lagi ,"Pengangkutan Laut Laluan Sutera" yang dirasmikan bermula Disember 2018, telah menyaksikan penyelesaian muatan dan punggahan kargo sebanyak 16.6017 juta TEU di 106 pelabuhan di negara dan kawasan yang terlibat dalam pembangunan bersama dalam kerangka BRI.

Secara khasnya, tahun 2024 sudah menyaksikan beroperasinya  perkapalan sebanyak 641 perjalanan, beserta penyelesaian muatan dan punggahan kargo sebanyak 730,000 TEU.