Laporan Kerja Kerajaan China 2024 Berdasarkan Pungutan Suara dari 1.6 juta Hantaran

2024-03-06 15:55:37  CRI
Share with:

Kumpulan penyusun Laporan Kerja Kerajaan China 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Li Qiang dalam persidangan ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-14 tahun ini adalah berdasarkan pungutan suara dari pelbagai lapisan masyarakat di merata tempat negara ini.

Demikian dinyatakan Pengarah Jabatan Pengajian Dewan Negara, Huang Shouhong dalam satu sidang taklimat anjuran Dewan Negara semalam.

Menurut beliau, pungutan suara tersebut melibatkan sebanyak 1.6 juta hantaran menerusi laman sesawang kerajaan China, dan beberapa juta lagi melalui kempen yang diadakan badan media, yang kesemuanya dilihat meliputi pelbagai kerjaya dalam golongan pelbagai usia. 

Sementara itu, terdapat seramai 10,000 orang yang ditugaskan secara langsung dalam penggubalan Laporan, termasuk lebih 4,000 penanggungjawab dari kerajaan daerah atau jabatan yang tertentu serta wakil NPC dan anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC).

Selain itu, pungutan suara tersebut juga telah menyaksikan penglibatan pelabur, ahli ekonomi, guru dan doktor dari 40 negara asing yang masing-masing memberi saranan tentang pelaburan, pemulaan kerjaya, pengurusan visa serta pelancongan dan aktiviti membeli-belah di China.