ADMM Tidak Rasmi 2024 Diadakan di Laos
2024-03-06 15:21:06 CRI
Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) tidak rasmi 2024 dianjurkan di Luang Prabang, Laos pada pagi 5 Mac.
Pada mesyuarat yang bertema "Bersama Komited untuk Keamanan, Kestabilan dan Kekuatan di ASEAN"itu, jemaah menteri pertahanan dari negara ASEAN bertukar-tukar pandangan mengenai gerak kerja strategik yang bakal dilaksanakan setelah tahun 2025 untuk menangani pelbagai cabaran keselamatan yang sudah wujud dan akan wujud, dan sebulat suara bersetuju dan menerima pakai kenyataan bersama menteri-menteri pertahanan ASEAN bagi menjayakan pelaksanaan Pelan Induk Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN 2025.