Kuasa Produktif Kualiti Baharu, Kunci Transformasi Syarikat

2024-03-07 15:29:20  CRI
Share with:

Inovasi sains dan teknologi amat penting untuk memacu pembangunan kuasa produktif kualiti baharu.

Demikian dikatakan wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Meng Fanying, yang sedang menghadiri sidang tahunan NPC di Beijing pada 5 Mac. 

Meng, juga Presiden Baotou Steel Group berpendapat bahawa kuasa produktif kualiti baharu adalah cara pengeluaran yang cekap, bertaraf tinggi, dan berkualiti tinggi. 

"Ia bukan sahaja merupakan pendekatan penting bagi syarikat untuk meningkatkan kecekapan, malah juga kuasa penting untuk mendorong syarikat menjalankan inovasi dan pembangunan berterusan," kata Meng. 

Beliau berkata, Baotou Steel Group komited untuk mencapai kemajuan dalam pembuatan pintar dan pembangunan digital, serta terus meningkatkan taraf kuasa produktif kualiti baharu. 

Meng berkata, kuasa produktif kualiti baharu bukan sahaja kunci bagi transformasi dan pembangunan syarikat, ia juga daya penggerak utama untuk memacu pembangunan berkualiti tinggi ekonomi China. 

Beliau menyeru syarikat-syarikat mementingkan kuasa produktif kualiti baharu dan meningkatkan inovasi sains dan teknologi agar memberikan sumbangan yang lebih besar untuk pembangunan ekonomi mampan dan sihat.