Bangunkan LCS Laut Kedamaian dan Kerjasama - Wang Yi
Prosedur pembacaan buat kali ketiga berhubung Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan (LCS) telah dimulakan menyusuli pembacaan kali kedua yang sudah diakhiri dengan jayanya.
Demikian dimaklumkan Menteri Luar China, Wang Yi berhubung "dasar luar China" dalam sidang media untuk sesi ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 pagi Khamis.
Beliau berkata, China bersedia bersama negara-negara ASEAN mencapai CoC dengan secepat mungkin dan bertindak pantas menjadikan LCS laut kedamaian dan kerjasama.
Menyentuh pertikaian maritim, Wang Yi menegaskan, China yang bersabar dan bersemangat kejiranan, sejak sekian lama komited berdasarkan kenyataan sejarah mencari dan meneliti pelan penyelesaian yang boleh diterima pihak-pihak terbabit.
"Kami menyarankan suatu negara dari luar rantau ini jangan menjadi pengganggu malah pengamuk ekoran tindakannya yang bersifat memprovokasi atau memaksa negara-negara di rantau ini memihak," katanya lagi.