Sudahlah, Filipina yang Bermain Lagi Gimik di Perairan LCS

2024-03-07 16:45:03  CRI
Share with:

Perkapalan Filipina sekali lagi dikesan menceroboh perairan sekitar Terumbu Ren'ai, kepulauan Nansha China pada 5 Mac untuk menghantar bahan binaan ke satu kapal perang milik negaranya yang sudah uzur yang sengaja bersarang di pantai yang berhampiran.

Klip video yang dikeluarkan oleh pihak China menunjukkan dengan jelas, kapal No.4407 milik Pengawal Pantai Filipina bertindak bahaya mendekati bahkan menyerbu ke bot No. 21555 milik Pengawal Pantai China (CCG) tanpa mengambil kira amaran berulang kali dari pihak CCG. Seterusnya, penguatkuasa CCG terpaksa mengambil tindakan balas yang wajar untuk mengawal situasi tersebut sehingga berlaku pergeseran yang ringan.

Langkah kawalan CCG terhadap gerak-geri kapal Filipina adalah profesional, bersikap sabar, munasabah dan sah.

Fakta tentang peristiwa yang diputarbelitkan pihak Filipina ini menjadi jelas sekali apabila China mengeluarkan klip video berkenaan. Ia juga membuktikan bahawa negara yang besar atau kecil bukan kriteria untuk digunakan dalam menilai betapa baiknya atau jahatnya, malah fakta yang sebenar tidak boleh diputarbelitkan.

Peristiwa ini juga membuktikan, pihak Filipina mereka-reka apa yang disebut rang undang-undang adalah untuk menambah taruhan untuk tawar-menawar dalam rundingan dengan China.

Menurut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut, negara pesisir boleh menuntut zon ekonomi eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu nautika dari garis dasar negara pesisir, tetapi negara itu tidak berhak untuk mencabul kedaulatan wilayah negara lain.

Filipina yang menuntut kedaulatan ke atas Pulau Huangyan dengan alasan pulau itu berada dalam EEZ negaranya disifatkan sebagai tindakan menyelewengkan dengan sengaja undang-undang antarabangsa.   

Sejak mengambil alih pentadbiran pada Jun 2022, kerajaan penggal baharu Filipina meningkatkan kekerapan dalam berinteraksi dengan Amerika Syarikat(AS) dalam bidang diplomasi dan keselamatan.

Pegawai kanan AS berkata akan memberi perlindungan keselamatan kepada Filipina berdasarkan "Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina." Ini sebenarnya bertujuan untuk menjadikan Filipina sebagai rakan sekongkol dalam konfrontasi dengan China dan memecah-belahkan hubungan antara China dan negara jirannya.

Manakala pemimpin Filipina yang kurang peka akan kepentingan negara sendiri, pula memilih untuk mengikuti arahan AS atas pertimbangan politik domestik. 

China dan negara-negara ASEAN sedang menggalakkan penggubalan Kod Tatalaku di Laut China Selatan pada masa ini, dan telah menyelesaikan bacaan draf teks di peringkat kedua serta memulakan bacaan di peringkat ketiga.  Keamanan dan kerjasama adalah aspirasi bersama negara-negara di rantau ini.

Pihak Filipina digesa mendengar suara pelbagai pihak termasuk negara jirannya. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia menegaskan, Malaysia merupakan sebuah negara yang merdeka dan bebas daripada sebarang pengaruh mana-mana kuasa besar ...... Malaysia tidak mempunyai masalah dengan China.

Pihak Filipina digesa menyedari AS bukan tokoh antarabangsa altruistik, dan dasar berhubung Asia-Pasifik yang diamalkannya hanya berkhidmat untuk hegemoni ala AS.

Di atas "papan catur" strategik AS, Filipina asyik memainkan peranan sebagai "kakitangan" sama seperti membuang semua taruhan dalam satu perjudian. Iktibar dalam sejarah membuktikan, "kakitangan" pengamal hegemoni pasti akan kehilangan kaki dan tangannya  apabila didapati tidak berguna lagi.