Xi Ucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa dalam Sesi Temu Mesra CPPCC

2024-03-07 12:29:19  CRI
Share with:

Setelah mendengar pendapat dan cadangan dalam sesi perbahasan anjuran bersama perwakilan dari Jawatankuasa Revolusi Kuomingtang China, kalangan sains dan teknologi, dan kalangan alam sekitar dan sumber semasa berlangsungnya persidangan kedua Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-14 petang Rabu,  Presiden China, Xi Jinping memilih mengikuti sesi temu mesra dengan mereka dan turut menzahirkan ucapan tahniah dan memberi restu kepada golongan wanita di seluruh negara sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang jatuh pada 8 Mac.

Yang disebut Xi secara khususnya merangkumi anggota, wakil dan kakitangan yang menyertai persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), kaum wanita dari pelbagai etnik dan kalangan, saudari wanita dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Macau dan kawasan Taiwan, serta perantau wanita China di seberang laut.