Pesta Budaya Pertanian Tradisional di Hejiang

2024-03-07 15:54:28  CRI
Share with:

Pesta budaya pertanian tradisional dianjurkan di kaunti Hejiang, provinsi Sichuan sempena Hari Jingzhe (Awakening of Insects) yang jatuh pada 5 Mac.

Pelbagai acara menarik turut diatur sebagai pengisian antaranya termasuk pertunjukan kincir air, penanaman anak benih padi serta pertandingan menangkap ikan dan itik di sawah.

Hari Jingzhe merupakan penggal ketiga dalam kalendar ‘24 musim’ China. Ia menandakan suhu udara akan beransur-ansur naik dengan turunan hujan bertambah banyak, lantas tibalah masanya untuk menjalankan aktiviti pertanian pada musim bunga.