C919, ARJ21 Tiba di Laos

2024-03-07 16:02:46  CRI
Share with:

Pesawat penumpang buatan China iaitu C919 dan ARJ21 yang terbang dari Vietnam selamat tiba di Vientiane, Laos baru-baru ini.

Ia sekali gus memulakan pertunjukan julung kalinya bagi dua jenis pesawat berkenaan di Laos.

ARJ21 juga dijadual membuat demonstrasi penerbangan ulang-alik antara Vientiane dan Luang Prabang yang merupakan sebuah bandar pelancongan di Laos.