PM Malaysia Kritik Lagi 'China-phobia' Rekaan Barat

2024-03-07 14:45:12  CRI
Share with:

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada dalam jadual "Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024" di Melbourne, Australia,  selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri negara tuan rumah Albanese pada 4 Mac waktu tempatan, mengkritik modus operandi kem Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) yang memaksa negara lain memihak.

"Kami merupakan sebuah negara yang amat merdeka, dan kami tidak ingin dimanipulasi oleh mana-mana kuasa, " kata Anwar. 

"Walaupun kami tetap kawan penting bagi AS, Eropah dan Australia, mereka tidak patut menghalang kami daripada mengekalkan hubungan persahabatan dengan China, salah satu negara jiran yang penting bagi kami. 

"Jika mempunyai masalah dengan China, mereka tidak boleh secara paksa memindahkannya kepada kami. Kami tidak mempunyai masalah dengan China." tambah beliau.