Bangsa China Bertunjangkan Barisan Tukang yang Berkaliber

2024-03-07 17:18:20  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Xi Jinping sebagai anggota yang terdaftar Delegasi Provinsi Jiangsu telah menyertai sesi perbahasan anjuran delegasi itu semasa berlangsungnya persidangan ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 pada petang 5 Mac lalu.

Setelah mendengar ucapan Sun Jingnan, wakil NPC dari bandar Nanjing provinsi Jiangsu yang bertugas sebagai tukang kimpal, Xi menyatakan bahawa bangsa China adalah bertunjangkan barisan tukang yang berkaliber. Sektor pengangkutan China berkembang dengan selangkah demi selangkah sehingga menduduki tempat terdepan di dunia. Ini tidak terlepas dari sumbangan barisan tukang.  Tak kira betapa baiknya cetak biru yang sudah direka bentuk, tukang kimpal adalah pelaksana yang terakhir. Hendaklah mengembangkan pendidikan vokasional dengan baik, memartabatkan kepakaran pertukangan di samping memastikan layanan yang baik dapat dinikmati mereka.