Wang Yi Huraikan Diplomasi Kejiranan China yang Muhibah, Ikhlas, Sama Untung dan Inklusif

2024-03-07 15:10:17  CRI
Share with:

China berharap bersama dengan negara-negara jiran membangunkan Asia ke arah yang baik dan mencetuskan aspirasi memelihara kampung halaman milik bersama. 

Demikian ditekankan Menteri Luar China, Wang Yi berhubung "dasar luar dan hubungan luar China"dalam sidang media untuk sesi ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 pagi Khamis.

Beliau berkata, China dan negara-negara jiran telah berjaya meneroka landskap baharu dalam menyemarakkan semangat kejiranan dan menempuh jalan yang tepat bagi pergaulan yang bercirikan Asia, yang dilihat selari dengan konsep Presiden Xi Jinping tentang diplomasi China yang muhibah, tulus ikhlas, sama untung dan inklusif.

Secara konkrit, negara-negara Asia termasuk China diharap menghormati keprihatinan teras masing-masing, dan mengekalkan interaksi peringkat tinggi. Sementara itu, hendaklah menebus persamaan dan meraikan perbezaan, menyelesaikan perselisihan melalui dialog dan bersama-sama menghadapi risiko dan menyahut cabaran.

"Kita perlu terus berdasarkan kelebihan milik masing-masing, saling membantu dalam pembangunan di negara masing-masing. Selain itu, China akan berinisiatif melibatkan diri dalam kerjasama Asia Timur, menyokong kepusatan ASEAN, dan memperhalusi kerjasama dengan Jepun dan Korea Selatan," katanya lagi.