China akan kekal Sebagai Kuasa Keamanan, Kestabilan dan Kemajuan Dunia

2024-03-07 12:05:44  CRI
Share with:

China akan kekal sebagai kuasa keamanan, kestabilan dan kemajuan, tatkala dunia kini dilanda pergolakan, konflik dan huru-hara. 

Sementara itu, China juga akan memberikan pelan penyelesaian bagi pelbagai krisis dan cabaran, serta memberikan sumbangan sendiri demi keamanan dan pembangunan global. 

Menteri Luar China Wang Yi berkata demikian dalam sidang media sesi kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 China yang diadakan pagi tadi.

"Presiden Xi Jinping ketika berucap pada Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) (pada tahun 2022) menegaskan bahawa kita hidup pada era yang penuh cabaran, dan pada masa sama era ini juga penuh harapan. 

"China akan dengan teguh berdiri di sebelah kebenaran sejarah dan kemajuan tamadun manusia, menjunjung tinggi keamanan, pembangunan, kerjasama, dan menang-menang, mewujudkan pembangunan sendiri sambil menjaga keamanan dan pembangunan dunia," kata Wang Yi.

Beliau berkata, laporan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC menekankan bahawa parti ini bukan sekadar mengejar kesejahteraan untuk rakyat dan kebangkitan nusa dan bangsa China, malah juga berusaha mewujudkan kemajuan umat manusia dan keharmonian dunia. 

"Inilah misi dan matlamat kami," kata Wang.