Teknologi Inovatif CMG Jadi Tumpuan Sidang Kemuncak Media AI Afrika Pertama

2024-03-07 12:01:45  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Media Kecerdasan Buatan (AI)Afrika edisi pertama menutup tirainya di Pusat Persidangan Antarabangsa Yaounde, Cameroon pada Rabu.

Dengan temanya "AI—Front Baru untuk Media di Afrika", sidang kemuncak yang berlangsung tiga hari edisi kali ini dianjurkan bersama Persatuan Penyiaran Afrika (AUB) dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Delegasi Kumpulan Media China (CMG) turut dijemput menghadiri sidang kemuncak kali ini.

Pengarah Stesen Afrika CMG, Song Jianing ketika berucap dalam majlis perasmian memperkenalkan usaha dan kemajuan dicapai CMG dalam meyusun atur strategi "5G+4K/8K+AI" dan meneroka inovasi sains dan teknologi seperti pengaplikasian AI sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pameran yang terperinci dapat dikunjungi di satu reruai eksklusif kendalian Stesen Afrika CMG sempena sidang kemuncak kali ini.

Ketua Eksekutif AUB, Gregoire Ndjaka menyatakan bahawa teknologi pengaplikasian AI CMG yang menyerlah telah mencuri perhatian para pengunjung dan wakil pengamal media.

Beliau berharap agar media tempatan Afrika mendapat inspirasi dan menimba pengalaman daripada praktik dan penerapan teknologi AI yang berkembang pesat di China.