Pacukan Industri Pertanian dan Penternakan Xinjiang melalui Teknologi

2024-03-08 14:13:44  CRI
Share with:

Dalam laporan kerja kerajaan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Li Qiang pada majlis pembukaan sesi kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 pada 5 Mac, perkataan "pembangunan bermutu tinggi" disebut beliau sebanyak 25 kali. Perkataan itu lantas tular dan menjadi topik hangat di kalangan wakil NPC. 

Dua wakil NPC dari Xinjiang menyatakan bahawa mereka akan memanfaatkan penggunaan teknologi untuk memacu pembangunan industri pertanian dan penternakan wilayah itu.

Ma Ya'nan ialah doktor haiwan yang berkhidmat di Pusat Keselamatan Mutu Produk Pertanian Daerah Autonomi Hui Changji Xinjiang. Wakil NPC itu memberitahu bahawa Xinjiang ditetapkan sebagai tempat percubaan sebagai projek penternakan lembu betina pada tahun 2023, dan langkah itu berjaya menggalakkan perkembangan industri penternakan lembu di Xinjiang. 

Laporan kerja kerajaan 2024 juga menyebut tentang kerja meningkatkan pencegahan dan pengawalan penyakit haiwan, dan tindakan yang bakal diambil kerajaan diyakini akan banyak menggalakkan semangat pekerja tempatan dalam bidang terbabit.

"Saya akan giat mempromosikan teknik dan pengetahuan perubatan veterinar supaya berkhidmat kepada penternak dengan lebih baik," kata Ma.

Pang Zijian, seorang wakil NPC dari Mukim Bageawati Kaunti Shache, bandar Kashgar Xinjiang. Beliau berkata, mukim tersebut berjaya meningkatkan daya pengeluaran bahan makanan, melonjakkan pendapatan petani tempatan melalui pemilihan benih gandum kacukan dan peningkatan teknologi penanaman.

"Sekarang merupakan fasa baharu dalam pembangunan desa. Kerajaan tempatan menggalakkan kerjasama petani dengan institut pengajian sains pertanian, menggalakkan industri unggul dan merealisasikan industri pertanian moden melalui sains dan teknologi," kata Pang Zijian.