China Gubal Undang-undang Stabilkan Kewangan dan Galakkan Ekonomi Swasta Tahun Ini

2024-03-08 16:48:31  CRI
Share with:

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji dalam laporan kerja yang dibentangkan dalam sesi pleno kedua Persidangan Kedua NPC yang diadakan di Beijimg pagi tadi, menyatakan bahawa pihaknya akan menyempurnakan sistem perundangan China yang bercirikan negara sosialis, dan menggubal draf kanun ekologi dan alam sekitar yang akan diserahkan untuk dibahas pada tahun ini.

Beliau turut menyatakan ketika membentangkan Laporan bahawa tahun 2024 akan menyaksikan Jawatankuasa Tetap NPC memacu penggubalan undang-undang tentang penstabilan kewangan, organisasi ekonomi kolektif desa, cukai nilai tambah, penggalakan ekonomi swasta dan sebagainya, yang kesemuanya dilihat selaras dengan pembetukan Paradigma Pembangunan Baharu dan tindakan memperincikan pembaharuan. 

Selain itu, pihaknya juga akan mendorong penggubalan undang-undang yang melibatkan urusan dengan luar, antaranya termasuk menggubal undang-undang tarif dan meminda undang-undang kesihatan dan kuarantin di kawasan sempadan dan undang-undang anti-jenayah menghalalkan wang haram.