Pembangunan Kuasa Produktif Kualiti Baharu Bawa Peluang kepada Dunia

2024-03-08 16:16:09  CRI
Share with:

Sains disifatkan sebagai kekayaan bersama umat manusia. Pembangunan kuasa produktif kualiti baharu China tidak terlepas dari pemulaan inovasi bagi memperoleh teknologi yang serba baharu yang bukan sahaja kondusif bagi China, tetapi juga bagi umat manusia untuk mendapat peluang pembangunan ke arah berkualiti tinggi.

Demikian kata Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Mikro-nano Pembuatan dan Integrasi Sistem Institut Teknologi Hijau dan Pintar Chongqing di bawah Akademi Sains China, yang juga ahli Kongres Rakyat Kebangsaan, Shi Haofei ketika ditemu ramah wartawan baru-baru ini.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Shi Haofei mengetuai kumpulan penyelidikannya untuk menjalankan penyelidikan terhadap bahan-bahan baharu, khususnya yang berkait dengan pembuatan yang berkualiti tinggi dan penggunaan bahan graphene, dan telah berjaya mengatasi sejumlah masalah teknikal utama.

Beliau berpendapat, pembangunan kuasa produktif berkualiti baharu sama dengan menjalankan inovasi dalam bidang sains dan teknologi, serta mengaplikasikan hasil yang dibuahkan dalam inovasi dalam sektor industri dan rantaian perindustriandan tepat pada waktunya, dan kemudian menjadikannya sebagai produktiviti.