"China Phobia” Tidak Masuk Akal

2024-03-08 15:26:45  CRI
Share with:

Pada tahun 1853, kapal perang Amerika Syarikat(AS) yang diketuai oleh Matthew Perry memasuki Pelabuhan Yokomaha dan memaksa Syogun Jepun memeterai perjanjian perdagangan bebas. “Peristiwa Kapal Hitam” tersebut menjadi “fius letupan” keruntuhan pentadbiran Syogun dan permulaan kepada pemodenan Jepun.

 

Baru-baru ini, kapal RORO BYD yang membawa 3000 buah kenderaan elektrik(EV) berlabuh di Pelabuhan Bremerhaven. Nikkei melaporkan peristiwa ini sebagai “Peristiwa Kapal Putih” bagi Eropah yang merupakan tempat asal kereta.

 

Walaupun berasa bangga membaca laporan tersebut, Satria juga berasa bimbang. Sebagaimana yang dikatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, “China Phobia” kini semakin menular di dunia dan sengaja atau tidak, laporan seperti ini menggalakkan salah faham tentang China.

 

Kapal hitam memaksa Jepun memeterai perjanjian tidak adil dengan meriam. Maka “kapal hitam” juga menyeludup opiat ke China setelah produk yang lain gagal meneroka pasaran.

 

Kapal putih China pula membawa produk komersial yang murah, berteknologi tinggi serta menggunakan tenaga hijau kepada para pengguna Eropah melalui perdagangan bebas.

 

Satria masih ingat pengalaman semasa kecil pergi ke Shanghai untuk mencuba teksi yang baru muncul di China, iaitu model Santana jenama VolksWagen dari Jerman. Semua kenderaan kegunaan kerajaan adalah Audi. Namun tiada orang yang melihat keadaan ini sejenis ancaman.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

 Yang paling mengejutkan, “China Phobia” berpunca dari AS. “EV China macam iPhone yang beroda, boleh mengumpulkan maklumat para pengguna pada bila-bila masa. “Jika terdapat tiga juta EV China di jalan raya AS, China mampu mematikan mereka pada masa yang sama.” “EV China telah menjadi ancaman keselamatan negara AS.” Sukar dipercayai bahawa kenyataan tidak masuk akal seperti ini dibentangkan oleh Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raymond.

 

Apakah ini bermaksud iPhone sedang mengumpulkan maklumat setiap pengguna? Kerajaan AS mampu mematikan 1.3 bilion iPhone yang diguna di seluruh dunia pada bila-bila masa? Ini memang ancaman keselamatan yang terbesar bagi umat manusia.

 

DSAI baru-baru ini menyatakan di Australia bahawa beberapa negara tidak menerima sebuah negara lain bangkit menjadi kuasa besar, tapi bagi Malaysia ini bukan masalah.

 

Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli menyatakan kerajaan merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau AI, selain mewujudkan ekosistem untuk syarikat pemula niaga yang berminat dengan teknologi dalam pelan tindakan KL20. Beliau turut menekankan bahawa Malaysia sebagai pangkalan utama bagi penyumberan luar pengujian dan pemasangan semikonduktor (OSAT), dengan menguasai kira-kira 13 peratus bahagian pasaran global, bakal menyediakan tempat ujian bagi teknologi China yang bernilai tinggi.

 

China juga bersedia terus melaksanakan Pelan Tindakan Inovasi Inisiatif Jalur dan Laluan, menyiapkan 100 makmal bersama dengan pelbagai negara dalam bidang pertanian, Internet, kesihatan, tenaga baharu dan lain-lain dalam tempoh lima tahun akan datang. Selain itu, China juga akan menjemput para saintis muda dari pelbagai negara menjalani sangkutan di China.