China Ikrar Suntik Kepastian dan Kestabilan kepada Dunia

2024-03-08 15:15:49  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah menjawab 21 persoalan daripada wartawan domestik dan asing membabitkan isu-isu seperti hubungan antara negara gergasi, tapak berkonflik serantau, dan tadbir urus global dalam sidang media untuk sesi ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 pada pagi Khamis.

Terdapat sejumlah media negara barat yang beranggapan bahawa China mampu memberi lebih banyak unsur-unsur kepastian kepada dunia menerusi kestabilannya sendiri. Negara itu bersedia menjadi penjaga dunia yang stabil dan maju dalam bidang keamanan.

Dalam sidang akhbar itu, China menggariskan pendekatan yang tersendiri untuk menyelesaikan isu-isu yang diberi tumpuan dunia, iaitu mematuhi prinsip yang tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, menyelesaikan pertikaian menerusi saluran politik, mengambil sikap objektif dan adil, serta menganjurkan penyelesaian secara tuntas.

Pengalaman yang berdasarkan amalan yang praktikal ini mengandungi kebijaksanaan tradisional China. 

Kestabilan bagaikan batu asas bagi pembangunan.

Kenyataan Menteri Luar Wang Yi mengenai hubungan antara negara gergasi seperti China dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah, mencerminkan sikap negara China yang terus terang dan ikhlas.

Memetik kenyataan Wang, China dan AS harus bertindak sehaluan berlandaskan prinsip yang saling menghormati, wujud bersama secara damai dan bekerjasama demi situasi menang-menang.

"Sekiranya China dan EU bekerjasama untuk kepentingan bersama, konfrontasi blok takkan dicetuskan," ujar Wang. 

Ini patut dipertimbangkan oleh negara-negara yang berkaitan.

Dunia multipolar yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang universal dan terangkum, merupakan sebahagian pelan tadbir urus global yang diajukan China. Ia bukan sahaja selaras dengan trend sezaman, tetapi juga mencerminkan aspirasi bersama "Selatan Global".

China yang ekonominya bertumbuh pada kadar 5.2% menyumbang satu pertiga keseluruhan pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun lepas, manakala seluruh dunia sedang memanfaatkan pemodenan ala China. 

"Bantu dunia ini berubah menjadi lebih baik", bukan sahaja kehendak negara Tembok Besar, tetapi juga tanggungjawab yang sudi dipukulnya.